Isnin, Mac 01, 2010

Lesson 1 : Pengenalan kepada Sistem Komputer

Definisi Komputer
Definisi umum komputer ialah sejenis peralatan elektronik yang dihubungkan dengan elektrik yang berfungsi untuk membantu sistem kerja manusia supaya lebih mudah, cepat dan tepat.Komputer juga merupakan alat informasi dan komunikasi yang boleh mengolah dan menyimpan data.

Secara umumnya kelengkapan komputer pada masa kini adalah seperti berikut :
- Mainframe
- Personal Computer (PC)
- Computer for Server (Server)
- Personal Data Assistant (PDA)
- Mobile Computer (Notebook, Laptops, Desknote)
- Global Positioning System (GPS)
- Kalkulator
- Translator (contoh : Alfa Link)
- PC Tablet
- Organizer

Walaupun terdapat pelbagai jenis alat yang boleh di kategorikan sebagai komputer, lazimnya, fokus utama kita ialah personal komputer (PC). Justeru itu, saya hanya akan membincangkan PC mengikut garis sempadannya.

Secara umumnya, kaedah kerja komputer adalah seperti berikut :
Terdapat tiga bahagian peringkat komputer iaitu :

1. Hardware (perkakasan)
2. Software (perisian)
3. Brainware (pengguna)
- Operator, iaitu sebagai pengguna komputer sahaja.
- Programmer, iaitu sebagai pembuat software atau program.
- Sistem analisis, iaitu yang menghubungkan antara komputer, manusia dan program.
Penggolongan Komputer Berdasarkan data yang diolah :
Komputer Analog
- Jenis penggunaan adalah secara berterusan (continue)
- Data berbentuk fizik
- Output dalam bentuk penyusunan atau pengawalan

Komputer Digital
- Jenis penggunaan adalah secara berterusan (continue)
- Data dalam bentuk nombor dan huruf

Komputer Hybrib (Hibrid)
komputer hibrib merupakan gabungan antara komputer analog dan komputer digital. Kebiasaannya, komputer ini hanya digunakan bagi menyelesaikan masalah-masalah utama kerana ia memiliki kemampuan yang lebih cepat dan tepat.
Berdasarkan Penggunaan :
General Purpose (Umum)General purpose bermaksud komputer digunakan secara umum. Sebagai contoh, melaksanakan pengelolaan grafik dan multimedia, pengelolaan database serta pengelolaan program.
Special pupose (khususs/Utama)Special purpose bermaksud komputer digunakan secara khusus. Sebagai contoh, digunakan untuk server, PC router dan terminal dumb.

Ahad, Januari 31, 2010

pengenalan kepada FLASH

Apa itu FLASH?

Secara ringkasnya, Macromedia Flash merupakan satu perisian komputer yang biasanya digunakan untuk menghasilkan produk-produk multimedia seperti Koswer, Multimedia Presentation, Website, Games dan Animasi. Pada masa ini, ia merupakan antara perisian multimedia yang paling popular kerana ia mudah dipelajari dan memiliki ciri-ciri yang membolehkan penggunanya menghasilkan satu hasil kerja yang menarik dan berkualiti.
Flash 5, Flash 6, Flash 7 (Flash MX) mahupun Flash 8, yang membezakan antara semuanya adalah kualiti tayangan, elemen2 tambahan serta lingkungan penggunaan skrip yang lebih luas bagi perisian yang lebih baru. Namun dari segi asasnya tetap sama. Bagi pengguna2 Flash 5, Flash 6, mahupun Flash 8 tak perlu bimbang kerana penggunaannya sama sahaja.