Ahad, Januari 31, 2010

pengenalan kepada FLASH

Apa itu FLASH?

Secara ringkasnya, Macromedia Flash merupakan satu perisian komputer yang biasanya digunakan untuk menghasilkan produk-produk multimedia seperti Koswer, Multimedia Presentation, Website, Games dan Animasi. Pada masa ini, ia merupakan antara perisian multimedia yang paling popular kerana ia mudah dipelajari dan memiliki ciri-ciri yang membolehkan penggunanya menghasilkan satu hasil kerja yang menarik dan berkualiti.
Flash 5, Flash 6, Flash 7 (Flash MX) mahupun Flash 8, yang membezakan antara semuanya adalah kualiti tayangan, elemen2 tambahan serta lingkungan penggunaan skrip yang lebih luas bagi perisian yang lebih baru. Namun dari segi asasnya tetap sama. Bagi pengguna2 Flash 5, Flash 6, mahupun Flash 8 tak perlu bimbang kerana penggunaannya sama sahaja.